Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA (Orang yang hidup dengan HIV/AIDS) Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA (Orang yang hidup dengan HIV/AIDS) Sin How Lim, Herlianna Naning, Mohd Akbar, Rumana Saifi, Alison Jackson, Sajaratulnisah Othman, Joselyn Pang, Sutayut Osornprasop, Adeeba Kamarulzaman Jun 2018 Di adaptasi daripada Motivational Interviewing Training New Trainers Manual, MINT Attribution-ShareAlike 4.0 International (CC BY-SA 4.0) http://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0/ Penghargaan Manual ini adalah produk bersama di antara World Bank dan kakitangan Universiti Malaya. Ianya adalah sebahagian daripada Perkhidmatan dan Analitik Penasihat World Bank di bawah Implementasi Sokongan HIV di Asia Timur dan Pasifik (P160428). Penyediaan kajian ini adalah di bawah penyeliaan dan bimbingan Dr. Sutayut Osornprasop (Senior Human Development Specialist) World Bank dan Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Rumana Saifi dari Universiti Malaya. Kandungan manual ini adalah tanggungjawab sepenuhnya Kumpulan Kajian Universiti Malaya dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi World Bank. Kajian ini telah di taja oleh World Bank dan Geran Penyelidikan Universiti Malaya (RP009A). Pengarang manual ini adalah Sin How Lim, Herlianna Naning, Mohd Akbar, Rumana Saifi, Alison Jackson, Sajaratulnisah Othman, Joselyn Pang, Sutayut Osornprasop, dan Adeeba Kamarulzaman. Pasukan petugas menghargai input yang bernilai daripada penilai teknikal daripada World Bank: Robert Oelrichs, Tushar Malik, dan Mei Ling Tan. Pasukan petugas menghargai bimbingan dan sokongan daripada Ulrich Zachau, Mara K. Warwick, Faris H. Hadad-Zervos, Firas Raad, Toomas Palu, Gabriel Demombynes, David Wilson, Marelize Gorgens, Richard Record, Pimon Iamsripong, Joshua Chee Yan Foong, Min Hui Lee, Kanitha Kongrukgreatiyos, Elenor Flora Gomez, Aziaton Binti Ahmad, dan Minisha Deepu. Grafik manual ini direka bentuk oleh Kane Chong. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada World Bank terutamanya Dr. Sutayut Osornprasop dan Cik Joselyn Pang untuk pandangan dan kebijaksanaan mereka dalam memastikan kajian ini mencapai matlamatnya, dan dalam masa yang sama megimbangi risiko dan keperluan komuniti MSM di Malaysia. Kami juga ingin berterima kasih kepada Kuala Lumpur AIDS Support Society Service (KLASS), terutamanya kepada pekerja kes rakan sebaya mereka yang telah bersama kami, di atas kerelaan mereka untuk mempelajari berkenaan Temuramah Bermotivasi, serta merekrut peserta tanpa mengira penat lelah untuk kajian ini. Kami telah menghadapi pelbagai cabaran dalam menyempurnakan kajian ini, tetapi mereka yang meneruskan dengan penuh ketabahan, merupakan tulang belakang di dalam kajian ini. Kami juga merakamkan kejayaan kajian di atas bantuan yang diberikan oleh Encik Martin Choo, Pengurus Besar KLASS, yang banyak memberi bantuan dan sokongan dalam pelaksanaan Temuramah Bermotivasi dalam kes pengurusan intervensi terhadap komuniti MSM. Kami amat bersyukur kepada Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Rumana Saifi, di atas galakan serta bimbingan mereka untuk kajian ini. Tapi terutama sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua peserta kami, kerana tanpa mereka, kami tidak mungkin dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Kami berterima kasih kepada mereka di atas kerelaan dan kesanggupan mereka dalam meluangkan masa untuk mengambil bahagian di dalam kajiselidik dalam talian kami, sesi temuramah bermotivasi, serta perbincangan fokus berkumpulan kami. Mereka merupakan teras kajian ini dan merupakan tujuan utama kami melakukan kajian ini. 4 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Isi Kandungan Penghargaan 4 Singkatan 6 Pengenalan 7 Objektif 7 Kenapa Temuramah Bermotivasi (MI)? 7 Struktur Panduan 8 Pengawasan dan Penilaian 8 Maklumat Tambahan 8 Seksyen Orang yang Menjalani Latihan 9 Aktiviti 1: Pengenalan diri 10 Aktiviti 2: Memperkenalkan tugasan 11 Aktiviti 3: Mendengar selain dari lisan 12 Activiti 4: Mengaitkan proses MI dalam pengalaman peribadi 13 Aktiviti 5: Menggunakan MI 14 Aktiviti 6: Memperkenalkan OARS 15 Aktiviti 7: Latihan OARS - Renungan semula 16 Aktiviti 8: Latihan OARS: Pengesahan 17 Seksyen Fasilitator 18 Aktiviti 1: Pengenalan diri (15 mins) 19 Aktiviti 2: Sesi pengenalan kepada latihan (15 min) 20 Aktiviti 3: Pendengaran suara (15 mins) 21 Activiti 4: Keperibadian (30 mins) 22 Aktiviti 5: Percubaan Mi (30 mins) 23 Aktiviti 6: Pengenalan kemahiran OARS (20 mins) 24 Aktiviti 7: Latihan tertumpu kepada OARS (20 mins) 25 Aktiviti 8: Latihan OARS: Mengesahkan (Tidak wajib) 26 Bahan Rujukan 27 Lampiran 28 Lampiran I: Carta aliran Temuramah Bermotivasi (MI) 28 Lampiran II: Penunjuk Temuramah Bermotivasi untuk VCT 30 Lampiran III: Bahan bacaan lanjutan tentang Temuramah Bermotivasi (MI) 31 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 5 Singkatan CERiA Pusat Kecemerlangan Untuk Penyelidikan Dalam AIDS CMS Pakar Pengurusan Kes* HIV Virus Immunodeficiency Manusia MI Temuramah Bermotivasi MINT Manual Baru Temuramah Motivasi Latihan Jurulatih MSM Lelaki yang berhubungan seksual dengan lelaki PWUD Orang yang menggunakan dadah SW Pekerja seks TG Wanita transgender VCT Ujian dan kaunseling HIV secara sukarela OARS Soalan terbuka, Mengesahkan, Refleksi Pengulasan * Dalam manual ini, istilah ‘pakar pengurusan kes’ dan ‘pekerja kes’ digunakan secara bergantian. 6 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Pengenalan Pengenalan Objektif Objektif utama panduan ini adalah untuk menyediakan bimbingan yang praktikal serta mudah untuk rakan kongsi komuniti yang berminat untuk memperkenalkan Maklumat Pencelahan (Brief Intervention) dengan menggunakan kaedah Temuramah Bermotivasi (Motivational Interviewing, MI) dalam program yang sedia ada untuk populasi berisiko tinggi. Panduan ini telah digunakan untuk mendidik pekerja rakan sebaya (peer case worker) dalam sebuah kajian yang dibiayai oleh World Bank, yang bertujuan untuk meningkatkan pengambilan dan penahanan ujian HIV dengan golongan lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki (MSM). Panduan ini telah disesuaikan dengan budaya dan bahasa daripada buku “Motivational Interviewing Training New Trainers Manual, MINT”, yang diterbitkan oleh Attribution- ShareAlike 4.0 International (CC BY-SA 4.0) http://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0/ pada tahun 2014. Panduan ini tidak bertujuan untuk menggantikan panduan MINT yang lengkap tentang MI, tetapi hanya dengan bertujuan untuk menyediakan bimbingan komuniti mesra untuk memperkenalkan dan menggabungkan, organisasi berasaskan komuniti, prinsip asas MI dalam rancangan mereka yang sedia ada. Kenapa Temuramah Bermotivasi (MI)? MI merupakan satu kaedah kaunseling yang berpaksi terhadap klien, yang telah di bangunkan berdasarkan pengalaman rawatan penagihan alcohol dan dadah. Ianya disenaraikan sebagai salah satu langkah intervensi terbaik oleh US Centers of Disease Control and Prevention, MI telah terbukti berjaya untuk mencungkil tingkah laku perubahan dengan membantu klien untuk meneroka dan menyelesaikan perasaan belah-bahagi merentasi pelbagai keadaan klinikal mahupun bukan klinikal. Kajian sebelum ini, telah menunjukkan bahawa MI telah menambahkan pengambilan ujian HIV dan telah memperbaiki kadar hasil kesihatan di kalangan populasi berisiko tinggi yang mempunyai masalah kepatuhan rawatan antiretroviral, kemurungan, serta kelakuan seksual berisiko. Terutamanya dalam ujian kawalan secara rawak, peserta yang telah menerima MI, dua kali ganda lebih cenderung menerima kaunseling dan ujian HIV berbanding peserta dalam kumpulan kawalan (49% berbanding 20%, X2=17.94, p<0.001). Pada Mac 2017, Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, telah memulakan satu kajian untuk memperkenalkan dan menilai pendekatan MI ke dalam program pengurusan kes HIV untuk MSM di Malaysia yang telah sedia ada. Di dalam kajian ini, sebanyak 112 peserta telah menerima intervensi ringkas menggunakan prinsip MI. Selepas intervensi ringkas, 87 (77.7%) bersetuju dan menjalani ujian HIV. Peserta mengambil kaji selidik ringkas sebelum dan selepas intervensi dengan MI. Selepas melengkapkan kaji selidik selepas-MI, majoriti daripada peserta (90%) bersetuju yang mereka berpuas hati dengan intervensi MI manakala 27% merasakan mereka di leter, dengan 9% merasakan tertekan di sepanjang perbualan. Lagipun, pekerja kes daripada KLASS melaporkan mempunyai tahap kepuasan yang tinggi di dalam menyampaikan MI kerana ianya membantu mereka untuk membina kepercayaan dan perhubungan dengan klien mereka. Latihan formal untuk MI oleh organisasi antarabangsa seperti Motivational Interviewing Network of Trainers (MINT) memerlukan pembiayaan yang tinggi dan dibentuk khusus untuk individu yang mempunyai latar belakang perubatan seperti doktor, jururawat, pakar psikiatri, pengamal perubatan awam, dan pakar epidemiologi. Bersama dengan anggota Department of Primary Care Research Group Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 7 Pengenalan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, anggota penyelidikan menggunakan sumber latihan dari pasukan MINT untuk menciptakan panduan MI yang mudah, untuk membimbing pekerja kes dengan menggunakan khidmat fasilitator peer. Panduan ini telah disemak semula untuk kegunaan sekutu komuniti dan boleh digunakan untuk populasi kunci yang lain seperti Pekerja Seks (SW), Wanita Transgender (TG) serta orang yang menggunakan dadah (PWUD). Manual ini di reka untuk pekerja kes yang terlatih untuk melatih pekerja kes lain dengan pengetahuan asas MI mereka. Aktiviti yang di sertakan di dalam manual ini boleh di lakukan di mana-mana ruang dengan privasi. Struktur panduan Panduan ini telah dibentuk dengan nota dan ‘hand-outs’ untuk orang yang menjalani latihan (dari muka surat 9 hingga 17) dan fasilitator (dari muka surat 18 hingga 26). Ia mengandungi lapan aktiviti asas, di mana setiap aktiviti dibentuk berasaskan kemahiran dan prinsip MI. Aktiviti-aktiviti dibentuk dalam sifat interaktif antara fasilitator dan orang yang menjalani latihan, dan pengunaan metodologi permainan peranan, untuk meningkatkan kebolehan pembelajaran dan latihan orang yang menjalani latihan dengan penuh keyakinan, dalam pendekatan MI. Panduan ini menekankan bahawa nisbah fasilitator dan orang yang menjalani latihan adalah 2:1 dan orang yang menjalani latihan tidak memasukkan lebih dari lapan orang sekaligus untuk membenarkan lebih masa untuk aktiviti permainan peranan (role play) serta memaksimumkan proses pembelajaran. Satu sesi latihan dicadangkan di antara 2.5 ke 3 jam. Untuk kemudahan sekutu komuniti panduan ini telah disediakan dalam Bahasa Inggeris dan bahasa tempatan iaitu Bahasa Malaysia, oleh kerana ramai pekerja kes peer lebih senang berkomunikasi dalam bahasa tempatan. Pengawasan dan penilaian Pada penghujung panduan ini, kami juga telah menyertakan beberapa contoh carta aliran yang menunjukkan bagaimana MI boleh dimasukkan ke dalam pencelahaan yang sedia ada. Walaubagaimanapun, ini hanyalah untuk tujuan rujukan sahaja dansekutu organisasi digalakkan mengubahnyer untuk menyesuaikan carta aliran dengan keadaan tempatan. Untuk memastikan kualiti penyampaian MI, kami telah menyediakan cadangan senarai penunjuk berkualiti untuk ditawan, dan ini telah pun disertakan dalam bentuk mudah untuk pekerja kes peer, bagi tujuan laporan dan dokumentasi. Ini amat berguna untuk pengawasan dan penilaian dalam pencelahaan. Kami juga ingin mensarankan kalau boleh, sesi MI dijalankan dalam bilik yang senyap dan tertutup supaya pelanggan merasa selesa dan selamat untuk mengekspresikan kerisauan mereka. MI boleh mengambil masa bagi mereka yang baru mempelajarinya. Tujuan utama MI adalah untuk menyelesaikan perasaan berbelah bahagi terhadap ujian HIV dari perspektif klien. Klien mungkin berada di tahap “pre- kontemplasi” dan mungkin tidak bersedia untuk ujian HIV dan kaunselor tidak sepatutnya memujuk klien untuk melakukan ujian. Sebaliknya, MI akan membantu menyediakan perhubungan dengan klien dengan membina kepercayaan dan empati terhadap keperluan klien. Maklumat tambahan Untuk bahan bacaan tambahan mengenai MI, anda boleh merujuk kepada buku teks serta bahan-bahan atas talian yang telah kami senaraikan di penghujung panduan ini. Beberapa limitasi berkenaan MI harus di ambil maklum. Pertama, MI adalah efektif apabila klien di dalam tahap “berbelah-bahagi” di dalam perubahan kelakuan. Sekiranya klien di dalam tahap “pra-berbelah-bahagi”, ianya mungkin mengambil beberapa sesi kaunseling sebelum klien dapat menyelesaikan perasaan berbelah bahagi dan ianya tidak merujuk kepada halangan terhadap ujian HIV pada tahap komuniti dan masyarakat seperti stigma terhadap HIV. Terakhir sekali, factor individu lain seperti penagihan dadah, and kurang pengetahuan dan pemerkasaan mungkin mengurangkan motivasi klien untuk menjalani ujian HIV. 8 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Orang yang Menjalani Latihan Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 1 Pengenalan diri Aktiviti berkumpulan 1. Sila perkenalkan diri kepada rakan anda. Beritahu nama anda dan sesuatu yang anda rasa orang lain tidak tahu mengenainya. (Sesuatu yang anda rasa selesa untuk beritahu!) 2. Kenapa kita perlu lakukan aktiviti ini? 3. Adakah anda belajar sesuatu yang tidak disangka mengenai rakan anda? Kenapa anda tidak menyangka mengenai hal ini? Adakah ini sesuatu yang menarik? Apakah mesej yang anda akan bawa pulang dari aktiviti ini? 10 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 2 Memperkenalkan tugasan Aktiviti berpasangan 1. A akan menemuramah B mengenai tugasan sebagai CMS selama tiga minit. a. Apa yang anda rasa anda bagus atau selesa semasa bertugas sebagai CMS? b. Apa yang membuatkan anda rasa kurang selesa semasa bertugas sebagai CMS? c. Apakah yang anda ingin lakukan dengan lebih baik selepas latihan ini? 2. A akan membuat ringkasan apa B telah nyatakan dalam masa 30-60 saat. 3. Peranan ditukar selepas ini. Apakah perasaan anda semasa ditemuramah? Adakah penemuramah melakukan sesuatu yang membuatkan anda lebih senang untuk bercakap mengenai topik ini? Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 11 Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 3 Mendengar selain dari lisan Aktiviti berpasangan 1. A gunakan 3-4 minit untuk bercakap mengenai salah satu perkara berikut: a. Ceritakan bagaimana anda membesar di rumah anda semasa muda b. Ceritakan perkara yang baik dan kurang baik semasa anda melalui sekolah menengah c. Bagaimana anda mula berkecimpung dalam tugasan CMS ini d. Apa yang anda harapkan dalam 10 tahun yang akan datang e. Ceritakan mengenai salah seorang ibubapa anda atau seseorang yang rapat dengan anda f. Bagaimanakah anda telah berubah dalam masa beberapa tahun ini 2. B mendengar, tidak berkata apa-apa mahupun ‘uh-uh’ tetapi menunjukan secara gerak badan yang dia mendengar. Ia merupakan satu keperluan untuk mengetahui kepentingan dan kegunaan pendengaran pasif (mendengar selain dari lisan) 12 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 4 Mengaitkan proses MI dalam pengalaman peribadi Aktiviti berpasangan 1. A adalah sebagai seorang ‘klien‘ dan akan bercakap dengan B. Klien A, fikirkan tentang sesuatu kelakuan yang anda fikir anda mahu tukar atau perlu ditukar. Ia mungkin sesuatu anda ingin tukar, namun belum anda lakukan, atau tidak pasti (ambivalen) boleh lakukan. Rujuk senarai dibawah. • Sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta • Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu • Bersenam 30 minit 3 kali seminggu • Berhenti membebel kepada pasangan/rakan serumah mengenai kebersihan di rumah • Tidak menonton television semasa makan • Kurangkan pengambilan makanan berlemak (seperti nasi lemak) • Berhenti merokok • Kurangkan masa melayari Facebook/Twitter • Hadkan pengambilan arak 2. B adalah sebagai seorang ‘kaunselor‘. Tugas anda adalah mendesak supaya A membuat perubahan: a. Terangkan kenapa A perlu membuat perubahan b. Terangkan sekurangnya tiga faedah bila membuat perubahan c. Terangkan kepentingan dan kebahayan jikalau tidak membuat perubahan d. Terangkan cara membuat perubahan e. Jika A tidak setuju dengan cadangan anda, ulang semula langkah yang disenaraikan Bagaimana perasaan A? Aktiviti ini tidak bertujuan supaya anda tidak mengamalkan desakan semasa menemuramah. Aktiviti akan membantu anda sedar bagaimana perasaan seseorang apabila didesak. Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 13 Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 5 Menggunakan MI Sebagai perbandingan, mulakan dengan pasangan yang baru 1. A sebagai ‘client’, fikir tentang perangai atau tabiat yang perlu diubah seperti di atas. 2. B sebagai ‘kaunselor’, tidak cuba untuk mendesak A untuk membuat perubahan ini, tidak memberi nasihat, tetapi tanya empat soalan dan mendengar jawapannya dengan teliti Ini adalah beberapa contoh soalan yang digunakan dalam MI • Kenapa anda ingin membuat perubahan ini? • Kalau anda memilih untuk membuat perubahan ini, apakah yang anda akan lakukan untuk menjayakan perubahan ini? • Apakah tiga sebab yang membuatkan ia penting bagi anda? • Berapa pentingkah perubahan ini untuk diri anda, atas skala 0-10, dimana 0 tidak penting langsung dan 10 adalah sangat penting? 3. Kemudian, B memberi ringkasan tentang motivasi A untuk lakukan perubahan ini. 4. B tanyakan A soalan yang terakhir: apakah anda rasa anda akan lakukan? How did A feel? 14 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 6 Memperkenalkan OARS* Menonton video YouTube Link: https://www.youtube.com/watch?v=_KNIPGV7Xyg Selepas menonton video tadi, cara yang mana satu kah lebih berkesan untuk mengubah kelakuan pesakit? Apakah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor? *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 15 Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 7 Latihan OARS*- Renungan semula Latihan berkumpulan tiga 1. A akan memberitahu satu ayat mengenai dirinya, “Satu perkara yang saya suka/ bangga tentang diri saya adalah…” 2. BC setiap seorang akan bertanyakan satu soalan untuk mengetahui maksud tentang apa yang A telah katakan, “Maksudnya…” 3. A hanya boleh menjawab, “Ya” atau “Tidak”. 4. BC akan cuba soalan lain untuk mendapat apa yang dimaksudkan oleh A 5. Bila BC kehabisan soalan untuk topik tersebut untuk ditanya, aktiviti ini boleh diulang antara ABC MODAL CARA MENDENGAR OLEH THOMAS GORDON Komunikasi tidak berkesan 1 3 disebabkan: a. Penyampai tidak bercakap Perkataan yang dilkeluarkan Perkataan yang didengar dengan jelas dan teliti oleh penyampai oleh pendengar tentang apa yang dimaksudkan b. Pendengar tidak mendengar 2 4 perkara yang betul c. Pendengar mentafsir Apa yang dimaksudkan Apa pendapat pendengar perkataan dengan cara oleh penyampai tentang maksud penyampai berlainan dari penyampai Tujuan renungan ini adalah untuk memastikan 4 berpadan dengan 2. *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing 16 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Orang yang Menjalani Latihan AKTIVITI 8 Latihan OARS*: Pengesahan Aktiviti berkumpulan 1. Mengesahkan kekuatan (latarbelakang, peribadi, perlakuan) klien Ini adalah aktiviti berkumpulan. Anda memerlukan carta selak. a. Cuba fikir akan seorang klien yang anda suka. • Nyatakan satu perkara mengenai peribadi klien anda. • Apa yang menyebabkan klien anda begini? • Karang satu pernyataan untuk mengesahkan peribadi klien anda. b. Sekarang cuba fikir akan seorang klien yang anda rasa susah untuk dibantu. Ulang proses (a) di atas. Penjelasan Bagaimana kita boleh melihat kekuatan klien walaupun klien ini adalah seseorang yang susah untuk dibantu? Senaraikan kekuatan berbagai jenis klien. Apakah yang telah dilakukan oleh klien ini untuk terus hidup dan maju dalam kehidupan? 2. Menerima Pujian Peribadi Fikirkan satu pujian yang anda terima mengenai diri anda. Apa yang membuatkan pujian ini bermakna? *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 17 Seksyen Fasilitator Seksyen Fasilitator AKTIVITI 1 15 min Pengenalan diri Aktiviti berkumpulan 1. Sila perkenalkan diri kepada rakan anda. Beritahu nama anda dan sesuatu yang anda rasa orang lain tidak tahu mengenainya. (Sesuatu yang anda rasa selesa untuk beritahu!) 2. Kenapa kita perlu lakukan aktiviti ini? 3. Adakah anda belajar sesuatu yang tidak disangka mengenai rakan anda? Kenapa anda tidak menyangka mengenai hal ini? Adakah ini sesuatu yang menarik? Tujuan asas: kita secara tak sengaja membuat andaian tentang orang. Tujuan MI adalah untuk tidak membuat andaian, tetapi mempunyai sifat ingin tahu tentang klien. Ini adalah salah satu cara untuk memulakan sesi perkenalan dan dapat mengajar kita tentang MI: • sentiasa ada sifat INGIN TAHU • tanpa membuat sebarang ANDAIAN Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 19 Seksyen Fasilitator AKTIVITI 2 15 min Sesi pengenalan kepada latihan Aktiviti berpasangan 1. A akan menemuramah B mengenai tugasan sebagai CMS selama tiga minit. a. Apa yang anda rasa anda bagus atau selesa semasa bertugas sebagai CMS? b. Apa yang membuatkan anda rasa kurang selesa semasa bertugas sebagai CMS? c. Apakah yang anda ingin lakukan dengan lebih baik selepas latihan ini? 2. A akan membuat ringkasan apa B telah nyatakan dalam masa 30-60 saat. 3. Peranan ditukar selepas ini. Penjelasan • Apakah perasaan ditemuramah? • Adakah penemuramah melakukan apa-apa untuk menyenangkan perbincangkan tentang topik yang dibincangkan? Jawapan harus ditulis atas carta selak atau papan dan dikaitkan dengan prinsip MI. Apakah yang telah anda belajar dalam prinsip MI dari sesi pertama yang boleh digunakan? Latihan ini adalah cara mempelajari tentang satu sama lain serta interaktiviti. Fokus utama juga adalah dari segi aspek perbualan apakah yang menyenangkan pertukaran pandangan. 20 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Fasilitator AKTIVITI 3 15 min Pendengaran suara Aktiviti berpasangan 1. A gunakan 3-4 minit untuk bercakap mengenai salah satu perkara berikut: a. Ceritakan bagaimana anda membesar di rumah anda semasa muda b. Ceritakan perkara yang baik dan kurang baik semasa anda melalui sekolah menengah c. Bagaimana anda mula berkecimpung dalam tugasan CMS ini d. Apa yang anda harapkan dalam 10 tahun yang akan datang e. Ceritakan mengenai salah seorang ibubapa anda atau seseorang yang rapat dengan anda f. Bagaimanakah anda telah berubah dalam masa beberapa tahun ini 2. B mendengar, tidak berkata apa-apa mahupun ‘uh-uh’ tetapi menunjukan secara gerak badan yang dia mendengar. Penjelasan Apakah pengalaman untuk penyampai? Dan untuk pendengar? Minta pendengar untuk menyatakan apa yang akan mereka katakana, jika dibenarkan bercakap sesuatu. Biasanyer, pengalaman ini adalah campuran perasaan suka dan kehampaan, yang ingin berinteraksi. Ia merupakan satu keperluan untuk mengetahui kepentingan dan kegunaan pendengaran pasif (mendengar selain dari lisan) REHAT Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 21 Seksyen Fasilitator AKTIVITI 4 30 min Keperibadian Aktiviti berpasangan 1. A adalah sebagai seorang ‘klien‘ dan akan bercakap dengan B. Klien A, fikirkan tentang sesuatu kelakuan yang anda fikir anda mahu tukar atau perlu ditukar. Ia mungkin sesuatu anda ingin tukar, namun belum anda lakukan, atau tidak pasti (ambivalen) boleh lakukan. Rujuk senarai dibawah. • Sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta • Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu • Bersenam 30 minit 3 kali seminggu • Berhenti membebel kepada pasangan/rakan serumah mengenai kebersihan di rumah • Tidak menonton television semasa makan • Kurangkan pengambilan makanan berlemak (seperti nasi lemak) • Berhenti merokok • Kurangkan masa melayari Facebook/Twitter • Kurangkan pengambilan alkohol 2. B adalah sebagai seorang ‘kaunselor‘. Tugas anda adalah mendesak supaya A membuat perubahan: a. Terangkan kenapa A perlu membuat perubahan b. Terangkan sekurangnya tiga faedah bila membuat perubahan c. Terangkan kepentingan dan kebahayan jikalau tidak membuat perubahan d. Terangkan cara membuat perubahan e. Jika A tidak setuju dengan cadangan anda, ulang semula langkah yang disenaraikan Penjelasan Bagaimana perasaan A? Aktiviti ini tidak bertujuan supaya anda mengamalkan desakan semasa menemuramah. Ia adalah supaya anda dapat mendalami bagaimana seseorang merasa jika didesak. 22 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Fasilitator AKTIVITI 5 30 min Percubaan MI Sebagai perbandingan, mulakan dengan pasangan yang baru 1. A sebagai ‘client’, fikir tentang perangai atau tabiat yang perlu diubah seperti di atas. 2. B sebagai ‘kaunselor’, tidak cuba untuk mendesak A untuk membuat perubahan ini, tidak memberi nasihat, tetapi tanya empat soalan dan mendengar jawapannya dengan teliti Ini adalah beberapa contoh soalan yang digunakan dalam MI • Kenapa anda ingin membuat perubahan ini? • Kalau anda memilih untuk membuat perubahan ini, apakah yang anda akan lakukan untuk menjayakan perubahan ini? • Apakah tiga sebab yang membuatkan ia penting bagi anda? • Berapa pentingkah perubahan ini untuk diri anda, atas skala 0-10, dimana 0 tidak penting langsung dan 10 adalah sangat penting? 3. Kemudian, B memberi ringkasan tentang motivasi A untuk lakukan perubahan ini. 4. B tanyakan A soalan yang terakhir: apakah anda rasa anda akan lakukan? Penjelasan Apakah perasaan A? Pujukan & Konfrontasi Teori Reaktansi (Brehm 1966) • setiap daya menolak ke satu arah, akan ada daya bertentangan menolak seseorang itu dari posisi asal. • daya bertentangan menjadi paling kuat apabila posisi (atau kelakuan), dianggap sebagai penting atau menghalang kebebasan. Definisi MI Kaedah kaunseling yang mementingkan individu, dan bermatlamat untuk menolong orang berubah melalui mengatasi ambivalen. REHAT Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 23 Seksyen Fasilitator AKTIVITI 6 20 min Pengenalan kemahiran OARS* Tunjukkan video YouTube Link: https://www.youtube.com/watch?v=_KNIPGV7Xyg Tujuan penyampaian video ini adalah untuk menunjukkan kepada peserta bagaimana MI dijalankan dengan menggunakan kemahiran OARS. Ini juga untuk menolong peserta mengenalpasti kemahiran OARS dalam video. *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing 24 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Seksyen Fasilitator AKTIVITI 7 20 min Latihan tertumpu kepada OARS* Latihan berkumpulan tiga 1. A akan memberitahu satu ayat mengenai dirinya, “Satu perkara yang saya suka/ bangga tentang diri saya adalah…” 2. BC setiap seorang akan bertanyakan satu soalan untuk mengetahui maksud tentang apa yang A telah katakan, “Maksudnya…” 3. A hanya boleh menjawab, “Ya” atau “Tidak”. 4. BC akan cuba soalan lain untuk mendapat apa yang dimaksudkan oleh A 5. Bila BC kehabisan soalan untuk topik tersebut untuk ditanya, aktiviti ini boleh diulang antara ABC MODAL CARA MENDENGAR OLEH THOMAS GORDON Komunikasi tidak berkesan 1 3 disebabkan: a. Penyampai tidak bercakap Perkataan yang dilkeluarkan Perkataan yang didengar dengan jelas dan teliti oleh penyampai oleh pendengar tentang apa yang dimaksudkan b. Pendengar tidak mendengar 2 4 perkara yang betul c. Pendengar mentafsir Apa yang dimaksudkan Apa pendapat pendengar perkataan dengan cara oleh penyampai tentang maksud penyampai berlainan dari penyampai Tujuan renungan ini adalah untuk memastikan 4 berpadan dengan 2. Penjelasan Apa yang dipelajari peserta? Terangkan berapa banyak maksud yang wujud dari sesebuah kenyataan (tidak daripada “ya”), dan juga kebanyakan pendapat awal adalah tidak tepat. Kebanyakan tekaan awal merupakan pelaksanaan yang salah, yang boleh juga terjadi pada pendengaran reflektif yang baik. Tema umum semasa penjelasan Kepuasan: Penyampai rasa puas hati, difahami Kekecewaan: Merasa kecewa kerana hanya boleh membalas dengan “ya” atau “tidak” sedangkan penyampai ingin menyatakan lebih dari itu. Terpersona: Sangat mengejutkan betapa senangnya untuk tidak sedar, serta bagaimana sesuatu boleh membawa banyak maksud. *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 25 Seksyen Fasilitator AKTIVITI 8 (Tidak wajib) Latihan OARS*: Mengesahkan Aktiviti berkumpulan 1. Mengesahkan kekuatan (latarbelakang, peribadi, perlakuan) klien Ini adalah aktiviti berkumpulan. Anda memerlukan carta selak. a. Cuba fikir akan seorang klien yang anda suka. • Nyatakan satu perkara mengenai peribadi klien anda. • Apa yang menyebabkan klien anda begini? • Karang satu pernyataan untuk mengesahkan peribadi klien anda. b. Sekarang cuba fikir akan seorang klien yang anda rasa susah untuk dibantu. Ulang proses (a) di atas. Penjelasan Bagaimana kita boleh melihat kekuatan klien walaupun klien ini adalah seseorang yang susah untuk dibantu? Senaraikan kekuatan berbagai jenis klien. Apakah yang telah dilakukan oleh klien ini untuk terus hidup dan maju dalam kehidupan? 2. Menerima Pujian Peribadi Fikirkan satu pujian yang anda terima mengenai diri anda. Apa yang membuatkan pujian ini bermakna? Biasanya agak susah untuk memberi pujian, terutamanya kepada klien yang rumit. Latihan ini membantu dalam mengubah amalan dan perspektif. *Open-ended questions, Affirming, Reflection, Summarizing 26 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Bahan Rujukan Bahan Rujukan 1. Dillard PK, Zuniga JA, Holstad MM. An integrative review of the efficacy of motivational interviewing in HIV management. Patient Educ Couns 2017; 100(4): 636-46. 2. Chen J, Li X, Xiong Y, Fennie KP, Wang H, Williams AB. Reducing the risk of HIV transmission among men who have sex with men: A feasibility study of the motivational interviewing counseling method. Nurs Health Sci 2016; 18(3): 400-7. 3. Rongkavilit C, Wang B, Naar-King S, et al. Motivational interviewing targeting risky sex in HIV-positive young Thai men who have sex with men. Arch Sex Behav 2015; 44(2): 329-40. 4. Rongkavilit C, Naar-King S, Koken JA, et al. A feasibility study of motivational interviewing for health risk behaviors among Thai youth living with HIV. J Assoc Nurses AIDS Care 2014; 25(1): 92-7. 5. Parsons JT, Lelutiu-Weinberger C, Botsko M, Golub SA. A randomized controlled trial utilizing motivational interviewing to reduce HIV risk and drug use in young gay and bisexual men. J Consult Clin Psychol 2014; 82(1): 9-18. 6. Rongkavilit C, Naar-King S, Wang B, et al. Motivational interviewing targeting risk behaviors for youth living with HIV in Thailand. AIDS Behav 2013; 17(6): 2063-74. 7. Naar-King S, Parsons JT, Johnson AM. Motivational interviewing targeting risk reduction for people with HIV: a systematic review. Curr HIV/AIDS Rep 2012; 9(4): 335-43. 8. Outlaw AY, Naar-King S, Parsons JT, Green-Jones M, Janisse H, Secord E. Using motivational interviewing in HIV field outreach with young African American men who have sex with men: a randomized clinical trial. Am J Public Health 2010; 100 Suppl 1: S146-51. 9. Naar-King S, Outlaw A, Green-Jones M, Wright K, Parsons JT. Motivational interviewing by peer outreach workers: a pilot randomized clinical trial to retain adolescents and young adults in HIV care. AIDS Care 2009; 21(7): 868-73. Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 27 Lampiran Lampiran Lampiran I: Carta aliran Temuramah Bermotivasi (MI) Sebelum sesi MI (Fasa 1) Untuk kumpulan MSM Bina Setuju Outreach hubungan berjumpa Uruskan Sesi MI Atas Talian dengan depan- perjumpaan (30 minit) (MSM) klien depan Tidak Untuk SW, TG dan PWUD Bina Outreach hubungan Sesi MI dengan (30 minit) klien 28 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Lampiran Semasa sesi MI (Fasa 2) Refleksi Kendiri Temuramah Bermotivasi untuk Pekerja Kes • Adakah saya mendengar lebih daripada bercakap? Atau adakah saya bercakap lebih dari mendengar? • Adakah saya sensitive serta fikiran terbuka kepada masalah orang ini, walau apa pun masalahnya? Atau adakah saya hanya memberi pandangan tentang pendapat saya tentang masalah itu? • Adakah saya membenarkan orang ini bercakap dan meneroka pendapatnya sendiri untuk perubahan? Atau adakah saya membuat andaian sendiri dan memberi proses penyelesaian berdasarkan andaian saya? • Adakah saya menggalakkan orang ini untuk meluahkan sebab-sebab tidak melakukan perubahan? Atau adakah saya hanya memaksa dia untuk hanya membincangkan tentang perubahan? • Adakah saya meminta kebenaran untuk memberi pendapat saya? Atau adakah saya membuat anggapan sendiri bahawa idea dan pendapat saya adalah apa yang dia perlukan? • Adakah saya meyakinkan dia bahawa ambivalen kepada perubahan adalah normal? Atau adakah saya memaksa dia melakukan sesuatu dan mendesak untuk dia mendapatkan solusi? • Adakah saya menolong orang ini mengenalpastikan kejayaan dan cabaran dari masa silamnya, dan mengaitkannya dengan usaha dia sekarang? Atau adakah saya mendorongnya untuk mengabaikannya atau tersangkut dalam cerita lama? • Adakah saya ingin memahami orang ini? Atau adakah saya mengambil kebanyakan masa cuba meyakinkannya untuk memahami saya dan idea saya? • Adakah saya sentiasa mengingati diri saya bahawa orang ini mampu membuat pilihannya sendiri? Atau adakah saya membuat andaian yang dia tidak mampu membuat pilihan yang bijak? Selepas sesi MI (Fasa 3) Untuk semua kumpulan Bersedia Aturkan Kaunseling Kaunseling Ujian untuk ujian temujanji sebelum selepas HIV HIV? ujian HIV ujian HIV ujian HIV Tidak Anjurkan satu lagi sesi MI Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 29 Lampiran Lampiran II: Penunjuk Temuramah Bermotivasi untuk VCT Nama Pekerja Kes: Kod Klien: Tarikh: 1. Gambarkan penampilan fizikal dan emosi klien. 2. Apakah peringkat perubahan klien? Precontemplasi Contemplasi Persediaan Tindakan 3. Apakah kerisauan utama klien (yang ADA atau TIDAK ADA kaitan dengan ujian HIV)? Bolehkah klien mengenalpasti manfaat mendapatkan ujian HIV serta risiko jika tidak mendapatkan ujian HIV? Ya Tidak Kalau Ya, sila nyatakan: Kelebihan mendapatkan ujian HIV Risiko tidak mendapatkan ujian HIV 5. Pada pendapat anda, apakah motivasi klien untuk mendapatkan ujian HIV? 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 6. Jika klien tidak setuju untuk mendapatkan ujian HIV, sila nyatakan tarikh panggilan susulan (lepas 3 hari): 30 Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA Lampiran Lampiran III: Bahan bacaan lanjutan tentang Temuramah Bermotivasi (MI) 1. Miller, W. R., & Rollnick, S. (2014). Motivational Interviewing Training New Trainers Manual. http://www.motivationalinterviewing.org/sites/default/files/tnt_manual_2014_ d10_20150205.pdf 2. Miller, W. R., & Rollnick, S. (2012). Motivational Interviewing: Helping People Change, (3rd ed). New York, NY: Guilford Press. 3. Miller, W. R., & Rollnick, S. (2002). Motivational Interviewing: Preparing people for change, (2nd ed.). New York, NY: Guilford Press. 4. Sobell, L.C., & Sobell, M. B. (2008). Motivational Interviewing Strategies and Techniques: Rationales and Examples. https://ucedd.georgetown.edu/DDA/documents/mi_ rationale_techniques.pdf 5. Hill, S. Kavookjian, J. Motivational interviewing as a behavioral intervention to increase HAART adherence in patients who are HIV-positive: a systematic review of the literature. AIDS Care 2012; 24(5):583-592. 6. Community Care of Wake & Johnston Counties. Motivational Interviewing Primer- CCWJC MI “Champions”. www.ccwjc.com 7. Cook, PF., Corwin, MA. & Bradley-Springer, L. (20013). Motivational Interviewing and HIV: Reducing Risk, Inspiring Change. Mountain Plains AIDS Education and Training Center. Temuramah Bermotivasi dalam Kaunseling dan Ujian HIV: Panduan Latihan Asas untuk Organisasi Berasaskan Komuniti ODHA 31